PENGHARGAAN

 

PENGHARGAAN


Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. 

Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Penghayatan Etika & peradaban kami, Ustaz Wan Nasir Bin Wan Tih kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jaya sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang ditanyakan dengan jelas sekali.

 Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah letih memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan e-folio ini. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami mempunyai masalah dalam menyiapkan e-folio ini. Mereka juga telah memberikan sedikit sebanyak ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.  

Akhir sekali,saya ingin mengucapakan sekalung terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak   langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan