السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SUKAN DAN PERPADUAN
PENDAHULUAN
Apakah yang dimaksudkan dengan sukan?
Sukan merupakan satu aktiviti yang amat memberi manfaat kepada kita sama ada kepada negara atau rakyat. Menurut Utusan talian pada 22 Ogos 2016, sukan adalah antara saluran paling berkesan bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Perpaduan atau “ solidarity” didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Sukan juga dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.
Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama dapat menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Sukan juga dikenali sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang kearah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Keamanan negara kita dapat dicapai jika setiap negara menitik beratkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.
Sukan di Malaysia adalah bahagian penting dalam budaya Malaysia. Sukan di Malaysia sangat popular dari aspek penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai pelbagai sukan untuk rekreasi dan persaingan. Dalam definisi yang paling luas sukan-sukan fizikal semua jenis iaitu empat sukan rekreasi yang paling popular di kalangan penduduk umum Malaysia adalah senaman berjalan, latihan aerobik, latihan kekuatan, dan berjalan. Sukan lain yang paling popular ialah berbasikal, berenang, kriket, ping pong, bola jaring, bola sepak dan lain-lain.

MAKSUD SUKAN
Sukan adalah amalan latihan fizikal yang teratur dan kompetitif. Sukan boleh menjadi rekreasi, profesional, atau sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan. Sukan yang merangkumi pelbagai bidang dan masyarakat kita mempunyai kerumitan simbolik dalam dimensi sosial dan budaya kerana sukan kini merupakan latihan, tontonan dan gaya hidup.
MAKSUD PERPADUAN


Tiada ulasan:
Catat Ulasan